Monday, February 8, 2010
Siapa dia
Sunday, January 24, 2010
Di sebalik ujian...
Islam adalah agama yang sempurna, yang mengajar pemeluknya jalan terbaik untuk menghadapi kehidupan ini. Dari perkara yang sangat besar sampai yang terkecil sekalipun. Dari masalah yang terpenting hingga masalah yang remeh sekalipun. Semuanya sudah diajarkan dalam agama ini, tinggal kita mahu mempelajarinya atau tidak...?
Termasuk dalam masalah menghadapi suatu ujian, agama kita sudah memberikan petunjuk untuk kita menyelesaikan berbagai ujian kehidupan tersebut, antaranya:
Pertama, kita harus yakin bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hambaNya. Allah memberikan dugaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka ia diberi-Nya cubaan.” (HR. Bukhari)
Kedua, yakinlah bahawa makin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita jika kita mampu menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas ra berkata: Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Ia menduganya. Barang siapa yang rela menerimanya, ia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka ia pun mendapat murka Allah.” (HR. Tirmidzi)
Ketiga, yakinlah bahwa setiap ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Sa’id dan Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi saw bersabda: “Seorang muslim yang tertimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Keempat, kita harus selalu berfikiran positif bahawa apapun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, ia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, ia bersabar, maka itu lebih baik baginya.” (HR. Muslim)
Kelima, kita harus yakin bahawa setelah dalam kesulitan pasti ada kemudahan. Allah berfirman dalam surah Al Insyirah ayat 5-6: “Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” Ingatlah, janji Allah itu pasti benar.
Keenam, kita harus selalu optimis bahwa kita mampu menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, karena Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimisme akan melahirkan energi yang tersembunyi dalam diri kita, karena itu optimisme dapat menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Al-Baqarah: 286)
Ketujuh, kita harus menghadapi ujian dengan usaha dan do’a. Kerahkan segala ikhtiar untuk menyelesaikan setiap ujian, dan bingkai usaha itu dengan do’a. “Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.” (Al Insyirah: 7–8).
“Berdo’alah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan do’amu.” (Al-Mu’min: 60)

Saturday, January 23, 2010
Dekat mendekati

Wednesday, January 13, 2010
Di sebalik kelembutanmu

Allah telah memperingatkan:
“Maka janganlah kalian merendahkan suara dalam berbicara sehingga berkeinginan jeleklah orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang ma‘ruf.”
(Al-Ahzab: 32)
Rasulullah saw juga pernah bersabda:
“Wanita itu adalah aurat, apabila dia keluar rumah maka syaitan menghias-hiasinya (membuat indah dalam pandangan lelaki sehingga ia terfitnah)”.
(HR. At Tirmidzi)
Adab pergaulan kamu yakin dapat jaga..?
Kerana segala perbuatan kita lakukan ni jika tidak berkongsi dengan ilmu..
Akan ke lembah maksiat..
MAHA SEMPURNA ALLAH MENJADIKAN MANUSIA MEMILIKI PERASAAN...
Perasaan ni suatu perkara yang luar biasa..
Jika kamu yakin..maka teruskan dan lihat apa hasil nya..
Saya rasa kemungkinan kamu akan alami kegoncangan jiwa bila timbul perasaan sayang..
ALLAH MAHA MENGETAHUI setiap apa yang di tetapkan..
Saya kurang setuju jika perempuan bercakap telefon dengan lelaki atau sebaliknya..
Tanpa ada kepentingan syara'..
Lebih-lebih lagi apabila sengaja berlama-lamaan dengannya..
Syaitan tetap akan datang terus menerus untuk menyesatkan kita..
Notakaki: (-_-)
Friday, January 8, 2010
Tercari

"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya"
[Al-Baqarah:286]
Segala puji bagiNya, yang telah mengizinkan aku bernafas, menghirup udara segar di atas muka bumi ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw, yang mana tanpa pengorbanan dan penat lelah baginda menegakkan agama suci ini, tak mungkin kita dapat mengecapi nikmat hidup seperti hari ini.
Fitrah manusia. Kadang2 berasa kuat dan bersemangat, kadang2 terasa longlai dan lemah. Lebih2 lagi apabila berhadapan dengan pelbagai situasi dalam kehidupan, yang banyak menguji keimanan dan kesabaran.
Beristighfarlah.
Sesungguhnya mati itu bukan penyelesaian kepada masalah. Malah ia hanya akan menambahkan lagi pelbagai masalah lain.
* * * * *
Putaran roda itu semakin perlahan. Dan ia seakan terhenti di bawah. Bagaimana bisa ia ditolak semula ke atas. Pengayuh itu sudah hilang kemampuan. Kekuatannya semakin hilang.
Di manakah? Di manakah tongkat2 yang satu masa dulu pernah bertekad, menegakkan diri agar sentiasa teguh. Setia mendongak, agar kekuatan itu bisa tegar. Hilang kemanakah ia?
Pandanglah kedalam diri. Insafilah perbuatan sendiri, sebelum melihat ke arah sisi. Mohonlah kepadaNya. Kekuatan itu hanya dariNYA.
Notakaki: Ke dalam diri...aku tak sempurna...
Wednesday, January 6, 2010
Thursday, December 17, 2009
Saya dah berhenti couple, tapi...

Ada orang yang dah berhenti bercouple. Saya, secara peribadi mengucapkan tahniah. Bukan mudah hendak mengikut arahan Allah SWT dengan mengenepikan kehendak nafsu diri. Saya, amat respect dengan orang yang berjaya ini.
Saya ketahui, masa-masa indah semasa bercouple pastinya membaluti hari-hari selepas meninggalkannya. Dulu bergayut-gayut dekat telefon, sekarang dah tak. Dulu keluar makan tengok wayang sesama, sekarang dah tak. Dulu sms-sms, sekarang dah tak. Jadi, mesti rasa ada kekurangan.
Artikel ini, saya tulis khas untuk anda yang telah berjaya meninggalkan couple, tetapi terbalut dengan 1001 perasaan yang mungkin membuatkan anda ingin kembali kepada perbuatan itu.
Bukan mengharamkan cinta
Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.
Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.
Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. Tunjukkan keseriusan anda.
Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga. Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.
Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.
Rindu sangat
Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.
Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.
“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”
Aha… Best perasaan ni. Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.
Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.
Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.
Tak ada masalah.
Ingat Allah
Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.
Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.
Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?
Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?
“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”
Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?
Kena serius la
Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:
1. Serius nak dapat Redha Allah
2. Serius nak bercinta dengan betul.
3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.
4. Serius jaga maruah dan harga diri.
5. Serius segala perkara.
Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.
Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?
Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?
Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?
Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?
Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?
Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”
Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?
Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. Yang main-main, bye-bye la.
Teruskan kejayaan anda
Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.
Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?
Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.
Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?
Aha…
Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.
Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.
Dipetik dari : http://ms.langitilahi.com

