skip to main |
skip to sidebar
Surah pendek aje..?
Selepas membaca Surah Al-Fatihah, teruskan membaca surah-surah Al-Quran yang pendek bagi solat berjemaah terutama jika menjadi imam untuk jemaah orang tua atau kawasan orang tua atau kawasan orang yang sibuk bekerja. Bagi yang solat sendirian, disunatkan membaca surah-surah yang panjang.
Arahan agar meringankan bacaan bagi seorang imam di kawasan awam ialah hadis yang menyebut teguran Nabi s.a.w kepada Muaz bin Jabal yang membaca surah Al-Baqarah atau surah An-Nisa' sepenuhnya sehingga terdapat makmumnya yang menamatkan solat dan beredar ketika ingin menyambung kerja lain. Apabila disampaikan kepada Nabi s.a.w, Baginda bersabda yang bermaksud:
"Kamu ini memang ingin menimbulkan fitnah wahai Muaz." [Riwayat Al-Bukhari]
Juga hadis Nabi yang bermaksud: "Sesiapa antara kamu yang menjadi imam solat, hendaklah kamu meringankan bacaanmu." [Riwayat Al-Bukhari & Muslim]
Antara hadis yang lain yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menjadi imam kepada manusia (ketika solat), ringankanlah bacaanmu kerana terdapat padanya (makmum kamu) anak-anak kecil, orang-orang tua, orang yang lemah dan orang yang sakit, dan tatkala kamu bersolat bersendirian, maka solatlah kamu sebagaimana yang kamu inginkan." [Riwayat Muslim]
Dipetik dari Solusi isu 35, mukasurat 57
0 Ulasan:
Post a Comment