skip to main |
skip to sidebar
Kalau dulu....
Dulu = Ramadhan
Sekarang = Syawal
Kalau dulu, sebelum masuk bulan Ramadhan, dah siap-siap buat checklist 'mutabaah amal' untuk sepanjang bulan Ramadhan.
Sekarang, ada lagi tak checklist macam tu...?
Kalau dulu, setiap hari pasang azam untuk tidak mensia-siakan setiap hari yang berlalu, sebab makin hari Ramadhan makin menjauh.
Sekarang, ingat lagi ke nak pasang azam macam tu...?
Kalau dulu, usaha sungguh-sungguh untuk solat di awal waktu.
Sekarang, bila dengar azan, buat tak tau je...?
Kalau dulu, solat sunat sebelum/selepas solat fardhu tak pernah lupa tak pernah penat.
Sekarang, masih ada masa untuk berdoa lagi tak...?
Kalau dulu, pantang ada masa free, terus buka Quran, paling sikit sehari baca 1 juzu'.
Sekarang, waktu free kita buat apa...?
Kalau dulu, rebut-rebut nak solat berjemaah, 'terpaksa' jadi imam pun takpe asalkan berjemaah.
Sekarang, kita yang ajak orang lain berjemaah atau orang lain yang ajak kita berjemaah...?
Kalau dulu, rajin bangun malam bertahajud, sebelum sahur curi-curi masa untuk solat kejap.
Sekarang, bangun subuh pukul berapa kak...?
Kalau dulu, tangan ringan untuk bersedekah, pantang nampak tabung, mesti nak hulur seringgit-dua.
Sekarang, aii nanti lah dulu, esok-esok boleh lagi kot...?
Kalau dulu, bila kawan nak mula bercerita pasal orang lain a.k.a mengumpat, sedaya upaya tahan telinga tahan mulut supaya tak turut serta dalam acara 'bercerita' tu. Kuat sungguh iman waktu tu ye~
Sekarang, mampu sekuat dulu kah...?
Kalau dulu, majalah-majalah hiburan, komik-komik taruk bawah meja, atas meja majalah solusi dan yang seangkatan dengannya sahaja.
Sekarang, ada bajet lagi tak, nak beli solusi...?
Kalau dulu, mulut tak henti-henti berzikir, berselawat, sambil-sambil buat apa-apa kerja.
Sekarang, zikir@lagu@zikir@lagu@zikir@lagu@zikir@lagu, 'i want nobody-nobody.....' ...?
Kalau dulu, cuba untuk limit-kan waktu ber-facebook.
Sekarang, facebook pulak yang me-limit-kan waktu kita...?
Kalau dulu, kita berebut-rebut nak tambah amalan, sebab Allah janjikan ganjaran yang berlipat ganda.
Sekarang, 'bonus' tu dah takde, so...?
Jangan jadi hamba Ramadhan. Yang hanya tekun beribadah pada bulan Ramadhan sahaja.
Jadilah hamba Allah. Yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana.
Semoga Ramadhan yang lalu menjadi titik tolak bermulanya suatu perubahan diri ke arah menjadi hamba-NYA yang DIREDHAI, insyaAllah.
Notakaki: Jangan hipokrit, wahai diri!
0 Ulasan:
Post a Comment