Wednesday, November 9, 2011

Bila berkaca mata...




Pandanglah sekeliling kita dengan kaca mata dakwah, kerana kita boleh lihat lebih jauh ke depan..


Tanpanya, pandangan iman kita rabun, dan kita hanya mampu melihat apa di sekeliling kita sahaja..

Pandangan iman yang rabun jika diberi kuasa kaca mata dakwah itu sangat nikmat..

Tanpa kaca mata dakwah, kita melihat berjaya dalam hidup hanya sekadar hadiah daripada Allah atas usaha dan doa kita..

Tapi dengan kaca mata itu, kita juga tahu ia merupakan tanggungjawab yang berat dalam menjadi seorang pemimpin Islam suatu masa nanti, yang tidak semua orang menyedari lalu meninggalkan amanah itu..

Jika hari ini kamu merasai suatu kegagalan dan kesedihan, tanpa kaca mata, kita melihatnya sebagai pengajaran yang Allah ingin beri untuk menjadi iktibar kerana kesilapan kita..

Tapi dengan kaca mata dakwah, kita nampak bahawa kegagalan dan kesedihan itu juga merupakan suatu hadiah untuk mematangkan kita dan untuk kita menyelami kesedihan orang lain, yang sedang merasai apa yang kita pernah rasai..



Sarungkanlah kaca mata dakwahmu bermula saat ini..
.

0 Ulasan: